28 August 2014

Bahagia?


Cuba kau putar lagu tanpa irama.
Cuba kau tonton siaran tanpa suara.
Cuba kau memandu tanpa pedal break.
Cuba kau terjun dari tingkat tujuh sebuah bangunan.

Dan kala itu mungkin baru kau sedar siapa yang paling kau patut sayang.

Sebab yang ada untuk kau kelak cuma diri kau sendiri.

Dibabak lainnya pula, masih ada manusia yang bergelumang dengan perasaan sendiri. Ya aku faham.
 "People are so temporary in our life", tapi cuba kau fikir, apa kau betul maksudkan apa yang kau bilang?
Tak semua orang punya kekuatan itu. Kau yang sudah sedia kuat, sudah sedia bahagia, jangan ditindas manusia seperti itu. Mereka juga bisa kuat. Cuma memakan masa.

Lagi satu aku mahu pesan, disaat perasaanya bergelora, jangan kau cuba ambil kesempatan membahagiakan kalau kau tidak bermaksud untuk menyatu hati. Lain pula babaknya nanti. Nama juga perempuan.

Disatu sudut yang agak luas pula, ada kelibat dua tiga orang wanita mulut lancang yang tak habis dengki. Aku mohon, jaga mulut sendiri sebelum parah menyimbah. Nanti bila kau tak berdaya, mana kau mahu merangkak mencari manusia yang kau pernah rosakkan bahagianya suatu masa dulu? Kalau kau rasa hidup ini tak adil, cuba kau selak semula buku lama, mungkin situ ada jawapannya.

Lelaki yang bergelar lelaki. Lelaki yang tak pernah puas dengan satu perempuan. Tidak. Aku sama sekali tidak langsung menyalahkan nafsu. Nafsu bisa dikawal. Dibilang tiada iman, seperti melampau pula. Yang menonton bertepuk tangan, yang mendengar bargarit hati, apatah lagi yang merasa? Baiklah. Apa aku harus isytihar lagi kemenangan berpihak pada siapa? Ya. Lelaki.

Sedangkan jutawan masih merompak demi mencari kebahagiaan, apatah lagi kera yang sekangkang ini. Ia bisa buat lebih untuk mencari secalit bahagia.


Pernah kau fikir mana datangnya kekuatan untuk hadapi segala kekangan ini?

Kadang terlalu percaya jodoh itu kuat, tapi aku taknak lemas dek air yang aku tadah bertahun lama. Biarpun raut kian berkedut, aku percaya atas kuasa Tuhan.


No comments:

Post a Comment

Kepochi :)