16 March 2012

Perjuangan Belum Berakhir

21 March? 22 March? Bila-bila pun result keluar, Aku tetap tak bersedia. I repeat, Aku tetap tak bersedia. Harap Maklum. Jangan ditanya target. Aku takda target. Aku lifeless. Aku sendiri dah tak faham dengan life aku. Makin menjadi-jadi. Makin teruk. Tapi tak musnah lagi.

Sang gagak datang menyambar apa yang ada. Nikmat yang salah digunakan akan ditarik balik oleh yang Maha Kuasa. Ya Allah, aku mohon bukakanlah pintu hati hambamu ini. Sesungguhnya aku ini insan lemah yang jahil yang hanya sentiasa mendambakan nikmat darimu tanpa sebarang usaha. Ya Allah, mampukan aku membahagiakan ibuku di hari pengisytiharan keputusan SPM2011 nanti? Sejujurnya, jauh di sudut hati, aku gentar, aku takut, aku inginkan yang terbaik. Tapi ego menguasai diri.

Wahai ibu, si penjaga makan dan minumku, perilaku dan pakaiku, juga insan yang amat menyayangiku, maafkan aku andai di hari tersebut aku tidak dapat membuatmu tersenyum. Telah banyak dosa yang aku lakukan dibelakangmu. Aku cuma mampu termangu seraya berdoa di dalam hati agar diberikan yang terbaik. Ibu, tahukah kau doamu sangat berharga kerna ia sangat didengari oleh yang Maha Esa? Doakan aku. Doakan yang terbaik untukku.

Si pengemis yang masih mampu berjalan, masih mampu bekerja, perilakunya sangat hina pabila mengemis sana sini. Bagai hilang cahaya petunjuk, hilang pedoman hidup, kau masih ada Tuhan wahai pengemis. Berhentilah melakukan perkara yang dipandang serong itu. Ain, teman hidup yang telah pergi dan kembali semula. Hati meronta jiwa bergurindam, aku sangat bahagia. Kami melihat pengemis tadi. Hanya memerhati. Dihati, seraya berdoa yang terbaik untuk si pengemis.

Hidup bagai roda. Memang sudah menjadi buah mulut orang ramai. Senang sementara, susah sementara, itu lumrah dunia. Manusia yang brbagai ragam jelas disana disini. Aku? Aku bahagia dengan insan-insan yang ada disekelilingku saat ini. Walaupun ada sebak yang mencengkam, jiwa yang sedikit lara, aku tetap bersyukur dengan apa yang ada. Komputer riba menjadi Diary Elektronikku. Yang pergi biarkan ia pergi. Aku percaya ia akan kembali sebaik menyedari dirinya telah kehilangan sesuatu yang berharga.

Tika ini, aku tidak tergamak mahu menitiskan mutiara jernihku. Biar aku dakap apa yang ada sebagai pengubat hati. Aku punya Tuhan, Ibu, Adik-adik, Ain dan yang lainnya. Terharu dengan apa yang ada, aku masih tetap termangu. Wahai insan-insan yang amat aku sayangi ini, ingatkah kau hari ulang tahunku akan berkunjung tiba? Aku takut. Takut tidak punya peluang untuk meraikannya, melihat dunia dikala delapanbelas mencecah. Melihat langit, jelas awan berarak, dihati bertanya ya Tuhan, sakitkah aku? Lara...


No comments:

Post a Comment

Kepochi :)