16 March 2013

Aku tak percaya lagi...

Kerana mainan duniawi aku luluh.
Kerana mainan duniawi aku jatuh.
Kerana mainan duniawi juga aku parah.

Tidak tahu dari mana harus aku mula. Ianya satu babak yang tak pernah luput dan jemu untuk ditonton. Kerana ia terlalu tragis dan menyayat si penonton. Walaubagaimanapun, aku masih tidak memerlukan penonton untuk cerita ini. Ini cerita kita. Apa harus aku tontonkan pada semua? Supaya apa? Supaya mereka bisa sewenangnya menggelakkan keadaan aku sekarang? Ah cukup!

Disatu sudut, kau terlalu bangga dengan apa yang telah kau lakukan.
Disatu sudut lainnya pula, kau terlalu sesal akan semua ini. Siapa kau sebenarnya?
Cukuplah. Sudah berkali-kali aku bilang bukan,
Aku mahu istirehat. Jangan dipaksa perasaan ini.
Aku masih sakit dah belum pulih sepenuhnya...

Seperti pengemis yang mengemis tika hujan membasahi bumi,
Kau langsung tidak endah apa yang berlaku. Tidak mengapa. Aku bisa.
Aku bisa tempuh liku ini. Ya, aku bisa. Aku cuba untuk bisa!

Di babak lainnya pula, datang lagi seorang pemuda yang pernah mencorakkan hidup aku.
Hari itu, aku telah me'redha'kan kepergian sesuatu.
Tidak pernah disangka, Tuhan memulangkan semuanya malam itu juga.
Sungguh aku tidak bersedia. Tapi aku harus tempuh.
"Allah bayar cash kau tahu takkk"

Tika ini, aku berbalah dengan yang lain. Entah mana silapnya.
Mungkin aku yang terlalu emosi. Ataupun memang benar sangkaan aku.
Segala apa yang aku rasa aku titipkan disebalik melodi.
Dengan harapan bila aku putar, ia akan turut lesap bersama nada melodi itu.

Sayang seribu kali sayang. Mual rasanya bicara tentang engkau.
Engkau yang tak pernah cermin diri. Mungkin kau sudah cukup gah untuk berdiri sendiri. Tahniah. Aku bangga dengan kejayaan kau. Bangga taik kucinggg!!!!! Kau boleh teruskan hidup bersama yang lain, teruskan mengutuk, mengumpat baikpun mengata tentang aku. Silakan. Tanah merah aku bentangkan untuk segala dosa-dosa kau mengkhianati aku. Dasar attention seeker! Kau boleh pergi jahanam.

Ahhh aku pun satu. Emosi tak tentu pasal. Sudahlah. Tutup kes.
Izinkan aku melelap dan merehatkan mata ini.
Pedih rasanyaaa. Assalamualaikum semua :')

No comments:

Post a Comment

Kepochi :)