18 October 2015

Bukan Dendam

Hi,
Masih ingat coretan 15 Oktober 2013 yang lalu?
"Aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa"
Bukan dendam, tapi apa yang aku cakap, tegar aku kotakan.
Makanya, jangan buang merata, takut tertelan najis sendiri kelak.

Dibilangnya aku sampah, kau lupa kau sebenarnya najis.
Alah bisa tegal biasa. Tak susah pun.
Kalau rasa taknak ada persaingan, jangan bergaul.
Kalau rasa taknak ada masalah, jangan mencanang.

Paling kesian dari muda hidupnya mengutuk sahaja.
Orang ada jerawat pun mengata. Aku belum tua.
Malah masih segar dalam otak. Bukan main kutuk jerawat aku.
Bila muka kau kotor, ibarat mcm kau tertelan tahi sendiri.

Kau, yang dari awal nya "dah rasa tak special"
Aku tak melenting kalau tak ditolak.
Aku tak menyambar kalau tak dicabar.
Selak balik buku lama, sana ada jawapan.

Dikatanya aku meroyan, tapi akhirnya kau juga yang meroyan.
Itulah sudah aku bilang, apa kau buat, kau dapat balik.
Eh bukan mahu berlagak, tapi cukup-cukuplah nyakitin hati orang.

Sosial media mungkin aku menyalak bagai nak gila.
Tapi kalau dari situ kau nilai aku, kau silap.
Hakikatnya kau tak layak untuk kenal aku.
Manusia gelabah macam kau, langsung tak beri hasil.
Mampu aku kata 'dasar najis'.

Kerana jantan, kau taruhkan maruah bertikam lidah sesama hawa.
Mana darjat mu, mana maruah diri mu.
Sanggup kau gadai demi seorang lelaki.
Sangat bodoh. Maaf keterlaluan.

Aku yang pertama menamatkan perbualan.
Aku yang tarik diri meninggalkan perbualan.
Aku yang biarkan semuanya tergantung.
Kerna apa? Malu kenal wanita seperti ini.
Apa yang aku bisa katakan,
cukup-cukuplah malukan diri sendiri.

Maaf kelancangan ini tak layak dipersuakan depan muka mu.
Jadi, aku biar ia tercoret disini.
Malam.

No comments:

Post a Comment

Kepochi :)