14 July 2015

  Selasa, 14 Julai 2015 (27 Ramadhan)

Hari ini aku nekad untuk selak semula buku lama.
(hampir dimakan anai-anai barangkali)
Perlahan aku kuis juga langsir yang berhabuk.
Rasa sedih, lucu, semua.
Memang betul hidup bagai roda.

Teringat kata-kata yang takmahu berubah hati, risau juga.
Keliru dengan perasaan sendiri.
(terasa seperti sedang bermain dalam air yang atasnya api)
Dulu, aku sendiri yang mahu semua ini.
Barangkali aku rasa tercabar dan tergugat masa itu.
Tapi sekarang, rasanya lain.

Bagaimana harus aku susun kata.
Aku tak pasti ini pengakhiran atau permulaan.
Celik mata, dan sedar ada hati yang perlu kau jaga.
Nak dibandingkan dengan hidup lama, jauh beza.
(celik mata terus kejar angin)

Dah rasa bosan ke wahai diri?
Amboi, dulu bukan main lagi kau tembak orang dengan lidah tajam kau,
bertubi-tubi kau seksa dada mereka dengan perbuatan mencabar kau.
Takkan sekarang kau nak lepas macam tu je?
Ah! Tak jaga hubungan dengan Tuhan, bagaimana Tuhan mahu jaga hubungan kita dengan manusia?

Dah cukup bahagia ke sekarang sampai takmahu menghargai?
Eh siapa bilang? Entahlah. Aku sendiri menyesak dada dengan perasaan sendiri.
Aku baru 21, tapi perlu ke aku fikir semua ni?
Dibilang sampah bagai tak menghargai pula nanti...

 Hai orang-orang yang pernah aku rejam perasaanya,
maaflah sebab merampas dan merejam hati kalian.
Terima kasih sebab beri ruang dan peluang.
Maaf buat sejuta kali. Aku tebus nanti saja ya.
Assalamualaikum. 



No comments:

Post a Comment

Kepochi :)