06 January 2015

Kasih ❦


Pernah rasa sedih?
Pernah rasa sakit?
Pernah tahu bagaimana rasa dikilan?
Dikilan dengan orang yang paling kau sayang?
Tapi akhirnya dia buta-buta kembali.
Menyesak dada.
Menyesak rasa.
Meraih kasih yang dulu.
Ikhlas benar rautnya. Mahu tahu sesuatu?
Selagi rasa ni berdetak, tak mungkin aku abaikan.
Nak dicerita dari A-Z tak mungkin lah!
Kadang aku bisu bila sedar. Kadang cuma airmata yang bicara. Kau tahu sakit dulu pasti berparut, tapi bukan dendam. Apa aku harus bentang janji yang rasa ini tak akan berubah? Kadang aku takut juga perasaan ni kan pergi tanpa belas. 
Tapi, bicara tentang belas agak mual.
Cukup saja kau tahu aku tak pernah abai perasaan ni. Aku tak pasti yang aku bisa jadi yang paling hebat dalam hidupmu. Tapi aku janji yang aku kan cuba ubati mana yang luka. Dalam mana parut yang ada, izin aku sentuh, izin aku belai, izin aku merawat semuanya. 
Dulu, aku juga pernah luka. Baik luka dalam mahupun luar. Sakitnya tak terkata. Hadirnya engkau, aku bangun. Tanpa kita sedar, kau papah, kau rawat semuanya. Ya, tanpa sedar. Bila kau buat keputusan untuk menjauh, baru aku sedar rasa ni. Terkilan. Sumpah terkilan.
Ianya seperti kau hilang teman terbangan, teman berdiskusi, teman ukiran senyuman. Tak kurang seperti kau hilang sebelah bahu. Jatuh. Itu kali pertama aku jatuh. Tapi taklama, aku bangkit. Aku teruskan hidup seperti biasa. Malah seperti merak. Aku cuba bina hubungan lain, tapi gagal. 
Aku cuba perbetulkan keadaan, memupuk secalit kasih. Tapi tetap tak berhasil. 
Entah bagaimana kita bisa normal, yang aku ingat, aku sambut dengan secalit senyuman dan airmata. Hari-hari yang kita lalui berjalan seperti biasa. Sayang seribu kali sayang, ianya tak lama. Semuanya punah. Berpaling arah. Kali ini aku jatuh agak lama. Dalam kelam aku merangkak. Berbagai yang aku jumpa, tapi perlahan-lahan aku tepis. aku belum bersedia untuk dirawat. Biar aku mati sekejap.
*silakan ulang tayang babak sama berkali-kali*
Aku juga naik mual. Tapi ada satu titik jernih dalam hati untuk kembali berbaik. Dari situ, kita bina sesuatu yang lebih dari mimpi. Aku masih tak berani cakap lebih. Semoga kelak kan temu nokhtah. Apapun terima kasih untuk semua ヅ
Malam.....

No comments:

Post a Comment

Kepochi :)