18 August 2011

Air Mata Tak Selamanya Abadi



Senyum. Bahagia. Tenang.

Nescaya tak akan ada yang sedar ke mana perginya hari-hari yang gelap itu. Alhamdulillah. Hilang juga detik hitam itu akhirnya. Semua tak terkecuali pasti pernah merasa dugaan daripada Allah yang Maha Esa. Pasti.

Dulu...

Sewaktu Bahagia...

Seringkali aku tebaca akan kisah rama-rama.

Ya rama-rama yang pada mulanya seekor beluncas. Beluncas yang sangat dicemuh, dibenci dan dijauhi kerana dianggap sebagai perosak. Suatu hari, ia telah berubah menjadi kepompong. Dan seterusnya bertukar menjadi rama-rama. Sangat cantik.

Pernah hari itu, Para Saintis telah membuat kajian bagaimana rama-rama keluar dari kepompongnya. Kelihatan kepayahan pada rama-rama untuk keluar dari kepompongnya. Berjam lamanya, akhirnya rama-rama keluar dan terbang bebas meraikan hari kebebasannya. Kemudian Para Saintis berubah alih pada kepompong lain. Mereka sepakat untuk membantu rama-rama keluar dari kepompong dengan menggunting kepompong itu. Rama-rama berhasil dikeluarkan dengan mudah. 

Walaubagaimanapun...

Tidak. Ia tidak mati. Ia masih hidup, meneruskan kehidupan dalam keadaan yang cacat seumur hidup. Ia tidak mampu terbang. Ianya lebih malang dari terseksa keluar dari kepompong berjam lamanya. Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang. Jadi, kesimpulannya mudah sekali,

Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. 

No comments:

Post a Comment

Kepochi :)