19 May 2016

Mati atau Tabah

22 Tahun.
Aku taktahu apa aku harus terus kuat atau jatuh.

Kali pertama aku jatuh sampai sakit.
Kali pertama aku urai airmata sambil mencoret bisik hati.

ya Allah,
Apa aku harus tetap tabah dengan apa yang berlaku?
Diherdik, dihina, dimaki, dengan yang namanya darah daging,
dengan yang aku sangat kasihi, apa ini semua dugaan untuk aku?
Atau apa ini balasan untuk aku yang sering berlaku kejam?

Di satu sudut yang lain, aku dah membayangkan betapa bahagianya
hidup di alam sana. Juga seksanya. Apa aku sudah bersedia?
Kalau bisa lari sejauh mungkin, aku lari. Walau apapun jadi.
Tapi jauh mana aku mahu lari, tetap tak akan selesaikan masalah.

Setiap pagi, setiap langkah, ada lagi satu tanggungjawab lain.
Sedar tak sedar, hakikatnya aku tak mampu untuk galas semua dalam satu masa.
Tuhan duga aku dengan sakit, untuk aku rehat.
Tapi....

Aku dibelenggu rasa takut.
Takut akan kehilangan.
Takut akan jatuh yang teruk.
Takut tak mampu beri yang terbaik.
Takut dengan segala dosa yang telah aku lakukan.

Buntu.
Apa aku harus terus kuat atau mati saja!


No comments:

Post a Comment

Kepochi :)