29 October 2011

Berubahlah Wahai Temah dan Atan

Hari ini, aku melukut, melangut apa yang berlaku.
Membiarkan masa berlalu, tanpa faedah.
Helaian kertas yang guru titipkan sebagai bekalan,
Aku biarkan merata. Akan aku kutip kemudian.
Aku mahu menyelesaikan hal ini dahulu.
Lama aku melangut, semakin tertekan jiwa.

********
Hai Temah (bukan nama sebenar)
Kau cantik. Mantap. Tapi tolonglah. Kau tahu membezakan baik dan buruk. Kau sengaja memilih jalan hitam. Maafkan aku andai kau menganggap aku pemusnah segala kejayaan yang hampir kau kecap. Kau tahu Temah, dia sayang kau sangat. Tapi kenapa kau bodoh sangat?! Dunia memang bersepah dengan Iblis. Dan kini, kau sudah didorong oleh mereka. Mana iman kau?! Mana maruah kau?!

Katanya takkan goyah bila bersahabat dengan yang baik. Tapi kau berdusta dengan diri kau. Kau mengkhianati diri kau. Konon setia, tapi kau hipokrit. Mahu saja aku bilang depan-depan yang aku malu bersahabatkan kau. Tapi aku takmahu kau kecil hati. Dan akhirnya, kau yang buat keputusan untuk terdahulu memandang serong terhadap aku. Terpulanglah Temah. Hak kau. Mata kau.

Takpernah terniat untuk aku cungkil biji mata kau bila kau jeling tajam ke arah aku.Cuma rasanya mahu saja aku cop tapak kasut aku di pipi gebu kau! Berubah la wey! Tuhan sentiasa memberi peluang untuk umatnya bertaubat. Jangan sudah membusung baru kau nak melukut mencari akarnya. Sudah terlambat.

********
Ini pula lagi sorang. Katanya mahu pergi sebentar. Tapi hingga larut malam. Kemana kau sebenarnya? Kemana? Menyewa pelacur? Subhanallah! Atan(bukan nama sebenar) , mana tanggungjawab kau? Tahukah kau bahawa kau telah meminta dan berjanji dengan Tuhan yang Maha Kuasa untuk menjaga anugerahnya?

Isteri mu, anakmu, adalah dibawah tanggungjawabmu. Tapi kau tinggalkan mereka kerana mengejar seorang wanita yang entah dimana akhlaknya. Bicara tentang hati perut, lagilah! Kau bikin pondok yang dihuni anak dan isterimu seperti Hotel 1 Malaysia. Nafkah kau beri sebagai bayaran kononnya. Nama juga sudah 1 Malaysia, pasti murah! Begitu kecil nilai nafkah yang kau berikan.

Kau pasti tahu setiap malam anakmu bertanya kepada ibunya "Bu, Ayah mana?". Kau tahu kan? Kau berjanji bermanis kata dengan mereka. Katanya mahu bawa bercuti kesana kesini, tapi, pernah kau kotakan? Persis menanam tebu ditepi bibir. Kau mahu anakmu menjadi yang terbaik, tapi kelakuan kau seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Langsung tiada guna!

********
Maafkan kiranya aku lancang disini. Cuma kata kata melepaskan bara hati. Tidak terniat mahu melukakan sesiapa. Maaf sekali lagi aku pinta. Aku percaya, Tuhan Maha Adil. Tidak mudah Dia memberi dugaan yang hambanya sendiri tidak mampu tanggung. Kerana dia tahu hambanya kuat, lalu diberikan cabaran seperti itu. Terima Kasih Ya Allah :)

No comments:

Post a Comment

Kepochi :)